RM1.4 BILION CORE RESIDENCE @ TRX MERAIKAN MAJLIS PENYIAPAN “TOPPING OUT”, DIJANGKA SIAP AKHIR 2023
KUALA LUMPUR, 26 MAC 2023 — CORE Precious Development Sdn Bhd (“CORE Precious” atau “Syarikat”) telah mencapai kejayaan besar dalam pembinaan CORE Residence @ TRX yang kini siap 70%, ianya mempunyai nilai pembangunan kasar RM1. 4 bilion. Syarikat meraikan majlis penyiapan “Topping out” dengan meletakkan rusuk akhir struktur projek, mengukuhkan lagi kedudukan CORE Residence @ TRX sebagai projek kediaman pertama di daerah kewangan Tun Razak Exchange (“TRX”).
CORE Precious merupakan usaha sama antara China Communications Construction Group (CCCG) — salah satu daripada syarikat Fortune Global 500 dan WCT Holdings Berhad — salah satu syarikat kejuruteraan dan pembinaan terkemuka Malaysia dan juga pemaju hartanah.

Zhang Bao, Pengerusi dan Pengarah Urusan CORE Precious Development Sdn Bhd berkata: “Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan semua ke majlis penyiapan CORE Residence @ TRX, majlis yang bermakna untuk meraikan kemajuan dan pencapaian CORE Residence. Ini adalah pencapaian besar bagi kami kerana berjaya mengharungi cabaran COVID-19, meneruskan pembinaan CORE Residence dan mendapat sambutan yang baik untuk unit kami.”
Sebagai pembangunan kediaman pertama dalam pembangunan mega 70 ekar Tun Razak Exchange yang merupakan masa depan daerah kewangan Kuala Lumpur, projek itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pembeli antarabangsa dan tempatan.

“Acara hari ini mengukuhkan lagi kedudukan CORE Residence @ TRX sebagai mercu tanda strategik dalam menarik pelabur antarabangsa untuk membeli hartanah di sini,” tambahnya
“CORE Residence @ TRX pada masa ini mempunyai kadar pembelian yang menggalakkan sebanyak 80%, menarik pelanggan dari lebih 20 negara dengan pembelinya datang dari negara Asia utama seperti China, Singapura, Korea Selatan dan Jepun, dan tidak lupai, Malaysia,” beliau menghuraikan lagi.
Pembangunan kediaman pertama dalam TRX, CORE Residence akan menjadi tanda aras untuk gaya hidup premium mewah di persekitaran itu kerana setiap kediaman dilengkapi dengan kemudahan kediaman kelas pertama dan tingkap luas dari lantai ke siling dengan reka bentuk dalaman yang menekankan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi dalam unitnya.
Merentasi tanah pegangan bebas seluas 1.65 ekar, kediaman mewah itu terdiri daripada dua menara kediaman servis dengan 580 unit dan satu menara pangsapuri servis. Menawarkan tujuh rekabentuk berbeza untuk pilihan, unit yang dibina adalah antara 624 kaki persegi hingga 1,022 kaki persegi.

Apabila siap, CBRE|WTW akan menjadi pengurus hartanah CORE Residence @ TRX. CBRE|WTW ialah firma perkhidmatan dan pelaburan hartanah komersial di mana ia menyediakan penyelesaian hartanah yang komprehensif kepada pelanggan merentasi pelbagai industri dan sektor.
Pengarah Urusan Kumpulan CBRE|WTW Tan Ka Leong berkata: “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran maju ke hadapan seperti CCCG. Pemilihan Pengurus Harta dan proses perbincangan dengan mereka bukanlah satu perkara yang mudah, ini membuktikan bahawa mereka sentiasa meletakkan standard yang tinggi dalam semua aspek untuk memenuhi jangkaan pembeli. Kami, di CBRE | WTW, komited untuk memberikan nasihat terbaik dan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan dan pemilik CORE Residence @ TRX.” -
Biz Digest